T A K U T

 


Seorang pesakit dalam lingkungan 30-an menapak masuk ke dalam bilik surgeri. Punggung dilabuhkan di atas ‘dental chair’


“Gusi ku bengkak”

“Berapa lama bengkaknya?”

“Jumaat lepas, petang,” ringkas jawapannya.

“Kenapa hari ini baru kamu datang?”

“Aku kerja, pagi tadi ada gotong-royong,” jawabnya sambil tersenyum-senyum.

“Boleh tahan sakitnya?”

“Tidakkkk, sakit ni kalau aku tekan di hidung ni,”

Balasku dengan senyuman disebalik pelitup muka dan faceshiled mendengar jawapannya.


Daripada sisi luar, kelihatan bengkak di bahagian atas bibir sebelah kanan, mengerang kesakitan tatkala jariku menekan di bahagian itu. Bibir atasnya diselak, gumpalan nanah sebesar jari kelingkingku di gusi atas gigi hadapan. Terdapat lubang besar di bahagian leher gigi. Menurut pesakit, tampalan pernah dibuat disitu, pernah juga mengalami kesakitan dan bengkak seperti ini sebelum ini. Namun, setelah ubat diberi, pesakit tidak datang semula untuk rawatan seterusnya (RCT) 


SAYA TAKUT! 


Kerana TAKUT dia tidak kembali semula.....

sehinggalah ke hari ini, barulah dia beranikan diri bertandang ke klinik untuk rawatan, malangnya mahkota berharga itu sudah tidak dapat diselamatkan.

Comments

Popular posts from this blog

Nightmare

Treat them equally

Ubat Hutan