Si ungu

 Si ungu ni adalah aset pertama yang aku miliki hasil titik peluh sendiri. Proses awal sampai akhir aku uruskan sendiri. Terasa besar dah. Hahahaha, off course la kau dh 20-an kot khalilah🤣. Sejujurnya umur 25 tahun baru aku dpt lesen memandu. Aku tak malu pon, walaupon ramai dlm kalangan kawan2 dh berlesen seawal lps habis spm. 

Ada juga org yg pertikai, knp tak ambil lps spm? Kenapa lps habis belajar universiti tak ambil? Dh 25 tahun tak da lesen?

Uishh memang tersentap la, tapi sekejap ja aku sentap sbb aku tahu latar belakang family aku mcm mna. Tak semewah org lain, duit utk bayar lesen aku lagi penting buat belanja famili makan minum. 

Ya mmg bila start kerja agak susah la asyik nk kena tumpang orang, tp alhamdulillah aku dpt kawan yg memahami dan faham. Kerja aku awal2 kena tagging so susah kalau tak da kenderaan sendiri. Tapi allah nk atur baik utk aku, ada orang yg willingly tlg utk hantar aku bila kena panggil tag. Setiap kali dia hantar aku akan bayar. 

Ok, beberapa bulan lps kerja aku start ambil lesen, mmg every weekend aku akan book class, alhamdulillah dpt cikgu yg baik. Ada sorg la cikgu yg bekeng sikit, tp kental kan ja jiwa. Balik menangis la. Tp esoknya lupakan dan kental kan balik hati. Biasa la kena marah. Yg penting jgn ambik hati. Sbbnya nanti jiwa jd tak fokus nk belajar. Alhamdulillah aku pass ujian semua. 

Few weeks tu, kawan aku kenalkan dgn dealer kereta. Alhamdulillah semua urusan berjalan lancar. Dealer pon sgtlah baik dan sgt recommended buat kerja baik & boleh dipercayai👍👍👍

Dan akhirnya aku berjaya miliki si ungu aku. Daripada kedah sampai sabah dia bersama aku. Semoga dia bersama aku sampai bila2.

Comments

Popular posts from this blog

Nightmare

Treat them equally

Ubat Hutan