Posts

Showing posts from February, 2020

ujian final year

tiba2 kenangan dulu menjengah minda. kenangan time final year. mentally and physically exhausted. jujurnya, aku bukanlah pelajar yang hebat, aku pelajar biasa2, sebab apa biasa? setiap kali exam result tak gempak macam orang lain, nak dpt A dlm 2 subjek sgt lah rare inikan nk dpt A dlm semua subjek, harapan. aku pon bukanlah orang yg "gifted". aku jenis kena baca banyak kali but still aku x mampu score. mungkin cara aku belajar salah atau aku mmg jenis susah nk ingat, aku jenis yang kena tengok something in reality not just teori baru dpt appreciate and ingat. hahahaha jadi, kenangan yang paling aku rasa sangat menguji keimanan dan kekentalan aku adalah apabila aku di"nobatkan" untuk extend 2 bulan untuk klinikal endomolar. sebenarnya, aku dah ada siap seorang pesakit endomolar, siap ada 2 gigi dia yang perlukan rawatan akar (RCT) untuk gigi geraham dia. bila aku settle buat RCT dekat gigi 45, dan beberapa tampalan pada gigi lain, tiba2 dia cakap dia tak boleh dat...

Ubat Hutan

Image
Ubat hutan Seorang pesakit berusia dalam lingkungan 20-an masuk ke bilik surgeri bersama sijil beranak. Apabila ditanya, "mana ic kamu?" "Nda siap lagi, baru saja dibuat." Ok, paham. "hari ni datang untuk apa?" "mau cabut gigi, sakit, tapi saya ada taruh itu ubat," sambil jari ditunjukkan pada bahagian berkenaan. " ubat, ubat apa?" " ya, ubat itu aku dapat drpd hutan, hilang sikit sakitnya," " ubat hutan?!" tersentak aku dengar ubat hutan. " tak apa, biar saya periksa dulu," kataku tenang " oh, ini ubat nya?" segumpal benda putih disumbat ke dalam lubang gigi, seakan2 surgicel (bahan utk 'stop' kan pendarahan) " ya," balasnya sambil mulut ternganga sedang dlm pemeriksaan. (sori kami tak sedar bertanya pesakit ketika mulut mereka ternganga) " gigi ni mmg perlu dicabut, sbb satu sudah goyang, kedua, gusi bengkak dan bernanah," Pesakit men...

Hilanglah permatamu

Image
Seorang perempuan dewasa masuk ke bilik rawatan untuk temujanji tampalan. Terdapat banyak tampalan perlu dibuat, jadi saya bagi dia pilihan nak buat yg mana satu. Jari dituding ke 2 gigi kacip hadapan. Baiklah, pemeriksaan dilakukan sekali lagi sebelum rawatan dilakukan pada 2 gigi tu. Setelah diperiksa, gigi 21 terdapat "sinus tract" (nanah dlm bhs mudah), dan pendedahan bahagian pulpa gigi, namun pesakit tak pernah mengalami sebarang kesakitan. Namun pernah ditampal tapi tampalan sudah tercabut lama dulu. " gigi ni tak boleh tampal biasa, kerana sudah ada nanah dan juga bhgn pulpa yg mempunyai saraf sudah terdedah, jadi pilihan rawatan samada rawatan akar atau cabutan," kataku. "tak apa doktor, cabut sahaja gigi ni, saya susah nak dtg, saya duduk di Imbak, masuk dalam tu, ini datang tumpang lori," katanya. Ya allah, berombak jantung dengar pengakuan dia, dtg sini tumpang lori😭😭😭. Rawatan tampalan dan cabutan pon dijalankan. Kesimpulanny...

Nightmare

Pertama kali dikejar anjing, hampir tercabut jantung, kurang 5 tapak je dia kt belakang, terkumat kamit baca ayat qursi tu pon dh tunggang terbalik, orang kata jgn lari, nanti lagi kena kejar, so teruskan berjln mcm biasa sambil baca apa yg patut, tapi jantung ni dh berdetak2 dan nk terkeluar drpd badan, nasib x digigitnya, gara2 pasang torchlight, maybe dia igt ada predator dtg.

Kerna terpaksa aku relakan, kau pergi.

Knock! knock! Irama lagu elizabeth tan berkumandang seiring bunyi ketukan. πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Seorang ibu muda dan anak kecil berusia 6 tahun masuk ke bilik surgeri. "kita mau cek saja, gigi kamu yang sakit itu" Kepala digeleng-geleng menandakan tidak mahu diperiksa giginya. Setelah segala detail pesakit diambil, "duduk lah di ats kerusi tu," arah si ibu kepada si anak. Gerak tubuh si anak menunjukkan dia tidak mahu duduk di situ, ibarat tajuk drama 'kerana terpaksa aku relakan'πŸ’ƒ Selesai gigi diperiksa, pesakit menunjukkan gigi yg selalu dan sedang mengalami kesakitan, 75. Gusi bengkak, nanah keluar daripada sulkus, gigi bergoyang menandakan sudah lama jangkitan itu bertapak disitu ditambah lagi sakit di saat gigi disentuh. Pelan rawatan diterangkan kepada ibu dan juga pesakit. Cabutan terpaksa dilakukan kerana berdasarkan kriteria2 di ats, gigi tersebut tidak sesuai utk diselamatkan. Setelah dipujuk oleh si ibu utk dicabut, sapuan topical anestesia dilakuk...