Kerna terpaksa aku relakan, kau pergi.



Knock! knock! Irama lagu elizabeth tan berkumandang seiring bunyi ketukan. πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†
Seorang ibu muda dan anak kecil berusia 6 tahun masuk ke bilik surgeri.
"kita mau cek saja, gigi kamu yang sakit itu"
Kepala digeleng-geleng menandakan tidak mahu diperiksa giginya.
Setelah segala detail pesakit diambil,
"duduk lah di ats kerusi tu," arah si ibu kepada si anak.
Gerak tubuh si anak menunjukkan dia tidak mahu duduk di situ, ibarat tajuk drama 'kerana terpaksa aku relakan'πŸ’ƒ
Selesai gigi diperiksa, pesakit menunjukkan gigi yg selalu dan sedang mengalami kesakitan, 75.
Gusi bengkak, nanah keluar daripada sulkus, gigi bergoyang menandakan sudah lama jangkitan itu bertapak disitu ditambah lagi sakit di saat gigi disentuh.
Pelan rawatan diterangkan kepada ibu dan juga pesakit. Cabutan terpaksa dilakukan kerana berdasarkan kriteria2 di ats, gigi tersebut tidak sesuai utk diselamatkan.
Setelah dipujuk oleh si ibu utk dicabut, sapuan topical anestesia dilakukan. Beberapa minit kemudian cabutan dilakukan. Maka bermulalah drama rantaian air mata diikuti pekikan kuat yang bergema di udara.
"arghhhhhhhhhhhhhh!"
"plup!" terkeluarlah seketul gigi. Maka berakhirlah riwayat si molar susu.
Maafkan saya adik, harap jaga lah gigi kamu sebaik mungkin selepas ini. Utk kebaikan kamu jua.

p/s: mohon ibu bapa memainkan peranan dlm hal penjagaan gigi anak2, cabutan terlalu awal akan mempengaruhi pertumbuhan gigi kekal utk masa akan dtg cth: gigi kekal berlapis dan byk lg.

Sekian, catatan hari ini😎

Comments

Popular posts from this blog

Nightmare

Treat them equally

Ubat Hutan