Hilanglah permatamu


Seorang perempuan dewasa masuk ke bilik rawatan untuk temujanji tampalan.
Terdapat banyak tampalan perlu dibuat, jadi saya bagi dia pilihan nak buat yg mana satu.
Jari dituding ke 2 gigi kacip hadapan. Baiklah, pemeriksaan dilakukan sekali lagi sebelum rawatan dilakukan pada 2 gigi tu.
Setelah diperiksa, gigi 21 terdapat "sinus tract" (nanah dlm bhs mudah), dan pendedahan bahagian pulpa gigi, namun pesakit tak pernah mengalami sebarang kesakitan. Namun pernah ditampal tapi tampalan sudah tercabut lama dulu.
" gigi ni tak boleh tampal biasa, kerana sudah ada nanah dan juga bhgn pulpa yg mempunyai saraf sudah terdedah, jadi pilihan rawatan samada rawatan akar atau cabutan," kataku.
"tak apa doktor, cabut sahaja gigi ni, saya susah nak dtg, saya duduk di Imbak, masuk dalam tu, ini datang tumpang lori," katanya.
Ya allah, berombak jantung dengar pengakuan dia, dtg sini tumpang lori😭😭😭.
Rawatan tampalan dan cabutan pon dijalankan.
Kesimpulannya, ada lagi manusia yg lagi susah drpd kita. Poor access to dental care cause poor dental health.

#rindunyanakbuatrct


Comments

Popular posts from this blog

Nightmare

Treat them equally

Ubat Hutan