Posts

Showing posts from April, 2020

sudah ku jangka

"ting, ting!" tanda emel masuk. AIR ASIA emmm.... apa pulak dah? ngomel aku dalam hati. aku beredar keluar bilik, bersihkan diri selepas balik kerja, solat dan masak. selesai solat maghrib dan makan, aku tatap phone. notifikasi emel AIR ASIA aku ketik. URGENT: AIR ASIA FLIGHT CANCELLATION meruntun jiwa aku baca flight nak balik raya kena batal. berjurai air mata sama macam 1st time aku dapat tahu yang aku dapat penempatan tetap dekat tongod. totally mental breakdown malam kemarin, dan terus migrain. tengah solat terawih pon air mata duk berjurai tanpa henti. aku x mampu nak pikir apa2. aku watapp group famili pasal ni, depa kata ada hikmah yang jadi. mak duk positif kan aku. mak cakap kalau aku balik nanti mungkin kena kuarantin dulu lepas tu nak balik sini balik kena kuarantin lagi. sebab COVID ni tak habis sepenuhnya lagi, tambah2 selangor RED ZONE. mak kata kalau aku sayang dia x perlu balik lagi. dah reda semua ni baru balik, demi kesihatan aku dan sem...

hari tua

Image
Alhamdulillah, hari ni genaplah 28 tahun aku bernafas di bumi ini. terima kasih mak dan abah kerana melahirkan aku ke dunia ni, mendidik dan menjaga aku sehingga aku berjaya dan besar. terima kasih kepada semua pendidik aku, ahli keluarga aku, dan orang sekeliling aku juga yang mengajar aku erti kehidupan. hidup ni kita tak mampu untuk berdiri seorang. kita perlukan orang lain untuk kita terus bangkit dan menghadapi kehidupan keesokannya.  aku kena sedar diri sekarang, aku dah makin besar, perlu matang, buat sesuatu keputusan dengan bijak. tak boleh dah nak bergantung 100% pada orang lain dalam buat keputusan hidup. kena cekal! aku bukan budak-budak lagi! ingat tu khalilah.  terima kasih kepada semua yang mendoakan diri aku pada hari ini dan juga hari2 sebelum ini dan akan datang. terima kasih.

kenangan dulu menggamit kerinduan

Image
Tengah-tengah scroll fb, terpandang memori tahun lepas, ini memorinya : Pernah jumpa seorang pesakit 29 tahun, sangat2 takut untuk buat check up dan treatment.Tapi that day, dia request untuk scaling. Beristighfar sepanjang rawatan dijalankan. Menggigil mulut n i've try hard to calm him down through tell show do technique. At last rawatan berjaya dijalankan!!! Lakukan pemeriksaan 6 bulan sekali, walaupon tidak mengalami apa2 masalah, sekaligus dapat kurangkan perasaan gementar dan takut. Macam-macam ragam pesakit. Itulah lumrah dunia, daripada kerja ni la aku jumpa macam-macam jenis orang, pesakit aku lah yang mengajar aku cara bagaimana aku nak interaksi dan tangani ragam mereka. Aku sayang pekerjaan aku sekarang, walaupon ada masa rasa macam nak berhenti. Tapi perasaan tu hanya sementara, hakikatnya I LOVE MY JOB SO MUCH!  video from fb: Ali Dental Clinic

Rawatan pergigian ketika musim wabak COVID-19

Dah masuk hari ke - 16 PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) untuk membanteras penularan wabak COVID-19. wabak yang berasal daripada China ni dah merebak hampir ke semua negara di muka bumi ini. setakat semalam, malaysia mencatatkan jumlah positif COVID-19 sebanyak 142 dengan jumlah kematian baru sebanyak 2 orang, masing2 mempunyai sejarah masalah kesihatan seperti DM, HPT dan masalah jantung. kes pulih juga semakin hari semakin meningkat, dengan maklumat terkini setakat semalam 1 April 2020 sebanyak 645 orang pulih. (sumber daripada fb Kementerian Kesihatan Malaysia). tahniah! dan terima kasih kepada semua frontliner dan juga staf2 kesihatan KKM. anda adalah hero kami! (big clap) disebabkan cara jangkitan COVID-19 adalah melalui titisan bendalir hasil daripada batuk, bersin pesakit yang positif COVID-19, jadi segala rawatan pergigian seperti tampalan, cucian gigi (scaling), pemeriksaan gigi, rawatan gigi palsu, rawatan akar gigi, dan mana2 rawatan elektif pergigian terpaksa ditangguhkan...