sudah ku jangka

"ting, ting!"

tanda emel masuk.

AIR ASIA

emmm.... apa pulak dah? ngomel aku dalam hati.

aku beredar keluar bilik, bersihkan diri selepas balik kerja, solat dan masak.

selesai solat maghrib dan makan, aku tatap phone.

notifikasi emel AIR ASIA aku ketik.

URGENT: AIR ASIA FLIGHT CANCELLATION

meruntun jiwa aku baca flight nak balik raya kena batal.

berjurai air mata sama macam 1st time aku dapat tahu yang aku dapat penempatan tetap dekat tongod. totally mental breakdown malam kemarin, dan terus migrain. tengah solat terawih pon air mata duk berjurai tanpa henti. aku x mampu nak pikir apa2.

aku watapp group famili pasal ni, depa kata ada hikmah yang jadi. mak duk positif kan aku. mak cakap kalau aku balik nanti mungkin kena kuarantin dulu lepas tu nak balik sini balik kena kuarantin lagi. sebab COVID ni tak habis sepenuhnya lagi, tambah2 selangor RED ZONE. mak kata kalau aku sayang dia x perlu balik lagi. dah reda semua ni baru balik, demi kesihatan aku dan semua famili aku.

aku tak mampu nak kol mak lepas baca emel tu, takot nanti mak pon sedih  dan risau macam sebelum ni, tak nak bagi mak sedih dgn risau dh. mampu watapp depa ja semalam sambil air mata duk berjurai tanpa henti. sampai bengkak la mata duk nangis malam tadi. daripada aku mai sini sampai la aku x balik pon lagi. Ya allah tahap rindu aku pada depa famili aku sangat2 lah tinggi. hanya Allah ja taw perasaan ni.

aku berharap sangat, dengan apa yang berlaku ni, tahun depan aku dapat balik/ transfer kerja ke semenanjung for good untuk selama-lamanya. semoga Allah makbul dan terima doa aku ni.

Comments

Popular posts from this blog

Nightmare

Treat them equally

Ubat Hutan