hari tua
Alhamdulillah, hari ni genaplah 28 tahun aku bernafas di bumi ini. terima kasih mak dan abah kerana melahirkan aku ke dunia ni, mendidik dan menjaga aku sehingga aku berjaya dan besar. terima kasih kepada semua pendidik aku, ahli keluarga aku, dan orang sekeliling aku juga yang mengajar aku erti kehidupan. hidup ni kita tak mampu untuk berdiri seorang. kita perlukan orang lain untuk kita terus bangkit dan menghadapi kehidupan keesokannya.
aku kena sedar diri sekarang, aku dah makin besar, perlu matang, buat sesuatu keputusan dengan bijak. tak boleh dah nak bergantung 100% pada orang lain dalam buat keputusan hidup. kena cekal! aku bukan budak-budak lagi! ingat tu khalilah.
terima kasih kepada semua yang mendoakan diri aku pada hari ini dan juga hari2 sebelum ini dan akan datang. terima kasih.
Comments