Rawatan pergigian ketika musim wabak COVID-19

Dah masuk hari ke - 16 PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) untuk membanteras penularan wabak COVID-19. wabak yang berasal daripada China ni dah merebak hampir ke semua negara di muka bumi ini. setakat semalam, malaysia mencatatkan jumlah positif COVID-19 sebanyak 142 dengan jumlah kematian baru sebanyak 2 orang, masing2 mempunyai sejarah masalah kesihatan seperti DM, HPT dan masalah jantung. kes pulih juga semakin hari semakin meningkat, dengan maklumat terkini setakat semalam 1 April 2020 sebanyak 645 orang pulih. (sumber daripada fb Kementerian Kesihatan Malaysia). tahniah! dan terima kasih kepada semua frontliner dan juga staf2 kesihatan KKM. anda adalah hero kami! (big clap)

disebabkan cara jangkitan COVID-19 adalah melalui titisan bendalir hasil daripada batuk, bersin pesakit yang positif COVID-19, jadi segala rawatan pergigian seperti tampalan, cucian gigi (scaling), pemeriksaan gigi, rawatan gigi palsu, rawatan akar gigi, dan mana2 rawatan elektif pergigian terpaksa ditangguhkan untuk masa sekarang sehingga keadaan wabak COVID-19 reda dan pulih. sebabnya, semua rawatan pergigian melibatkan penghasilan bendalir daripada mulut seperti air liur, darah dan penghasilan aerosol apabila kami gunakan handpiece/scaler untuk buang caries dan juga cuci gigi. hal ini mendedahkan diri kami, staf2 dan pesakit untuk mendapat jangkitan wabak COVID-19 dengan mudah sebab kerja kami banyak melibatkan penghasilan titisan bendalir yang disebutkan di atas dan penjarakkan kami dengan pesakit ketika rawatan adalah sangat dekat kurang daripada 1 meter.

kami hanya menerima dan memberi rawatan untuk kes-kes kecemasan untuk masa ini. contoh2 kes kecemasan yang diterima adalah:
- bengkak muka disebabkan gigi berlubang/masalah gusi
- patah gigi palsu/crown/bridge/tampalan lama yang menyebabkan kecederaan pada mulut/ tertelan
- sakit gigi yang tersangat teruk dalam skala 7 - 10
- wayar braces tercabut sehingga menyebakan luka pada kawasan sekitar mulut
- perubahan pada tisu mulut lebih 2 minggu dikhuatiri kanser
- tulang muka, gigi patah atau kecederaan pada kulit muka disebabkan kemlangan

sekiranya tidak mengalami mana2 kes kecemasan seperti di ats, adalah tidak digalakkan/diwajibkan untuk datang ke klinik gigi sebab kami tidak akan menerima kehadiran anda. bukan kami mahu menolak anda, tetapi disebabkan penularan wabak merbahaya ini, lebih baik anda duduk di rumah dan jaga kesihatan anda daripada anda mendedahkan diri anda pada wabak ini apabila anda menjejakkan kaki di luar serta kami juga dapat melindungi kesihatan kami.

jika anda perlu juga ke klinik gigi, sila berkata jujur kepada kami:
- sejarah ke luar negara/ ke mana-mana negeri /tempat yang mempunyai kes positif COVID-19
- mempunyai kontak rapat dengan pesakit positif COVID-19
- mempunyai simptom demam, batuk, selsema, sakit tekak
sekiranya anda tidak jujur, anda telah mendedahkan diri kami kepada wabak merbahaya itu. harap anda tidak mementingkan diri dengan perlakuan menipu maklumat2 di atas.

#stayathome
#kitajagakita
#janganselfish

nukilan saya seorang doktor gigi. harini ada seorang pesakit sakit gigi skala 8, dh seminggu lebih tahan tak boleh tidur, letak ubat yang kakak dia bagi, elok sekejap, smlm tak boleh tidur, adakalanya sampai menangis sebab sakit, okay, kita pon cabut lah gigi tu. sememangnya gigi tu dah teruk, extensive caries on lingual subgingiva.

Comments

Popular posts from this blog

Nightmare

Treat them equally

Ubat Hutan