Posts

Yakin dalam ketakutan

 Semalam dapat pt adult, time daftar semangat bagitaw nak cabut gigi. Masuk ja bilik surgeri, "uishhh takotnya mau cabut gigi, saya sudah lama nda cabut gigi" sambil duk urut dada. Aku senyum ja😊 Muka dia berkerut2 sambil kemam2 mulut ketakutan daripada start cek BP sampailah dia menapak ke dental chair. Dia seolah-olah berkira2 nak duduk atau tak. Tersenyum2 senget. Aku suruh dia baring, tenangkan dulu hati yang gundah gulana dek penangan nak cabut gigi. Sambil melabuhkan diri atas dental chair, kaki masih menggeletar. "ok ka kamu? betul mau cabut gigi? kamu nampak takut sangat?" "ya mau cabut, kalau nda dicabut, nanti kesakitan lagi" Habis lembut suara aku menenangkan dia, demi nak bantu dia. Tak pernah2 aku bersuara selembut/seayu ni (lembut juga sebelum ni tapi tak selembut kali ni😆) 2 kali attempt LA "arggghhhh!!!" dia terkejut nampak jarum nak masuk mulut. "kalau kamu takut dengan jarum ni, tutuplah mata kamu" dalam masa yang sa...

Dikejar anjing

 Genap setahun 3/2/2020-3/2/2021 kisah aku dikejar anjing.... Pertama kali dikejar anjing, hampir tercabut jantung, kurang 5 tapak je dia di belakang aku, terkumat kamit baca ayat qursi tu pon dah tunggang langgang, orang kata jangan lari, nanti lagi kena kejar so aku teruskan menapak kaki dengan laju sambil baca apa yang patut. Masa tu pukul 4.00 pagi, aku keluar daripada rest house (tempat aku menginap sementara nak dapat rumah sewa) menuju ke klinik. Haritu aku kena attend meeting di sandakan which is the 1st meeting sejak aku kena tukar sini. Sambung cerita balik, jantung aku makin lama makin berdetak2 "dup dap dup dap" kalau cek BP ni mau kena diagnos hypertension tahap 3. Nasib aku baik, walaupon anjing tu ada beberapa tapak ja dibelakang, dia tak menggigit aku. Mungkin dia taw kot niat baik aku hahahaha. Anjing2 tu start menyalak dan kejar aku sebab aku pasang torchlight pagi buta tu....maybe dia ingat ada predator datang kacau tempat diorang, padahal jalan gelap kot t...

Si ungu

 Si ungu ni adalah aset pertama yang aku miliki hasil titik peluh sendiri. Proses awal sampai akhir aku uruskan sendiri. Terasa besar dah. Hahahaha, off course la kau dh 20-an kot khalilah🤣. Sejujurnya umur 25 tahun baru aku dpt lesen memandu. Aku tak malu pon, walaupon ramai dlm kalangan kawan2 dh berlesen seawal lps habis spm.  Ada juga org yg pertikai, knp tak ambil lps spm? Kenapa lps habis belajar universiti tak ambil? Dh 25 tahun tak da lesen? Uishh memang tersentap la, tapi sekejap ja aku sentap sbb aku tahu latar belakang family aku mcm mna. Tak semewah org lain, duit utk bayar lesen aku lagi penting buat belanja famili makan minum.  Ya mmg bila start kerja agak susah la asyik nk kena tumpang orang, tp alhamdulillah aku dpt kawan yg memahami dan faham. Kerja aku awal2 kena tagging so susah kalau tak da kenderaan sendiri. Tapi allah nk atur baik utk aku, ada orang yg willingly tlg utk hantar aku bila kena panggil tag. Setiap kali dia hantar aku akan bayar.  O...

Rasa

Dah lama aku pendam rasa ni. Tapi aku tak taw nak luah pada sapa. Kadang tu aku sendiri benci dengan rasa ni. Rasa macam tak patut ada pon.  Sebab? Aku yakin yang apa yang aku rasa ni takkan bagi apa2 hasil pon. Rasa apa wey? Hahaha.... Aku bukan jenis yang suka nak heboh kat orang yang aku suka someone. Sebab, aku rasa diri aku tak layak utk suka someone. Sebab aku banyak kelemahan dalam masa yang sama aku takot aku yg syok sendiri. Bab2 hati ni aku memang failed! I have no confident!  Aku rela bagi ceramah depan orang ramai drpd nak luah rasa hati/suka aku pada orang. Im totally lost and shy. Bila timbul rasa ni, aku akan automatik fikir segala kelemahan aku. Dapat ka orang tu terima aku yang byk cacat cela/kelemahan ni?  Actually aku sedaya upaya nak lupa kan someone, aku pernah nak luah tapi something happen di tengah jalan. And aku pendam ja rasa ni sampai hari ni. aku pernah doa supaya hilangkan ingatan aku 100% pada dia. Nak anggap yang aku tak pernah langsung kena...

T A K U T

  Seorang pesakit dalam lingkungan 30-an menapak masuk ke dalam bilik surgeri. Punggung dilabuhkan di atas ‘dental chair’ “Gusi ku bengkak” “Berapa lama bengkaknya?” “Jumaat lepas, petang,” ringkas jawapannya. “Kenapa hari ini baru kamu datang?” “Aku kerja, pagi tadi ada gotong-royong,” jawabnya sambil tersenyum-senyum. “Boleh tahan sakitnya?” “Tidakkkk, sakit ni kalau aku tekan di hidung ni,” Balasku dengan senyuman disebalik pelitup muka dan faceshiled mendengar jawapannya. Daripada sisi luar, kelihatan bengkak di bahagian atas bibir sebelah kanan, mengerang kesakitan tatkala jariku menekan di bahagian itu. Bibir atasnya diselak, gumpalan nanah sebesar jari kelingkingku di gusi atas gigi hadapan. Terdapat lubang besar di bahagian leher gigi. Menurut pesakit, tampalan pernah dibuat disitu, pernah juga mengalami kesakitan dan bengkak seperti ini sebelum ini. Namun, setelah ubat diberi, pesakit tidak datang semula untuk rawatan seterusnya (RCT)  SAYA TAKUT!  Kerana TAKUT d...

sudah ku jangka

"ting, ting!" tanda emel masuk. AIR ASIA emmm.... apa pulak dah? ngomel aku dalam hati. aku beredar keluar bilik, bersihkan diri selepas balik kerja, solat dan masak. selesai solat maghrib dan makan, aku tatap phone. notifikasi emel AIR ASIA aku ketik. URGENT: AIR ASIA FLIGHT CANCELLATION meruntun jiwa aku baca flight nak balik raya kena batal. berjurai air mata sama macam 1st time aku dapat tahu yang aku dapat penempatan tetap dekat tongod. totally mental breakdown malam kemarin, dan terus migrain. tengah solat terawih pon air mata duk berjurai tanpa henti. aku x mampu nak pikir apa2. aku watapp group famili pasal ni, depa kata ada hikmah yang jadi. mak duk positif kan aku. mak cakap kalau aku balik nanti mungkin kena kuarantin dulu lepas tu nak balik sini balik kena kuarantin lagi. sebab COVID ni tak habis sepenuhnya lagi, tambah2 selangor RED ZONE. mak kata kalau aku sayang dia x perlu balik lagi. dah reda semua ni baru balik, demi kesihatan aku dan sem...

hari tua

Image
Alhamdulillah, hari ni genaplah 28 tahun aku bernafas di bumi ini. terima kasih mak dan abah kerana melahirkan aku ke dunia ni, mendidik dan menjaga aku sehingga aku berjaya dan besar. terima kasih kepada semua pendidik aku, ahli keluarga aku, dan orang sekeliling aku juga yang mengajar aku erti kehidupan. hidup ni kita tak mampu untuk berdiri seorang. kita perlukan orang lain untuk kita terus bangkit dan menghadapi kehidupan keesokannya.  aku kena sedar diri sekarang, aku dah makin besar, perlu matang, buat sesuatu keputusan dengan bijak. tak boleh dah nak bergantung 100% pada orang lain dalam buat keputusan hidup. kena cekal! aku bukan budak-budak lagi! ingat tu khalilah.  terima kasih kepada semua yang mendoakan diri aku pada hari ini dan juga hari2 sebelum ini dan akan datang. terima kasih.